PEMUDA GESA KERAJAAN BATAL DAFTAR MAH

 

 

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menggesa kerajaan membatalkan pendaftaran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berhubung  kejadian pekerja wanita Islam yang bertudung dilarang berkhidmat di kaunter hotel.

Ketuanya, Datuk Razlan Rafii dalam satu kenyataan berkata, tindakan MAH agak keterlaluan dan biadab apabila mendiskriminasi golongan wanita.

“Jangan bagi muka kepada Persatuan Hotel Malaysia yang menyokong hotel-hotel yang mendiskriminasi pekerja wanita Islam,” kata pada Selasa.

Terdahulu Pengerusi MAH, Cheah Swee Hee dilaporkan mempertahan tindakan pengendali hotel yang menetapkan dasar berkenaan atas alasan setiap hotel perlu mengikut standard operasi (SOP) dan polisi ditetapkan.

Tambah Razlan, persatuan itu dilihat sudah diberikan terlalu banyak keistimewaan.

“Tetapi tindakan menyokong diskriminasi ke atas wanita Islam bertudung adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Persatuan ini sepatutnya bertindak lebih terbuka untuk menghayati budaya Islam di negara ini serta memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islam,” katanya lagi.

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.