IZREEN DIKECAM SUAMI NAK CERAI MADUNYA

 

GARA-GARA perceraian yang bakal berlaku antara pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh, aktres Izreen Azminda sebagai isteri kedua menerima tempias dikecam hebat netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap Izreen yang dikatakan menjadi punca Ude mengambil keputusan untuk melepaskan isteri pertamanya itu.

Netizen turut bersimpati dengan nasib malang yang bakal menimpa Intan dan anak-anak mereka kerana wanita itu bukan sahaja tidak bekerja malah tiada kenderaan untuk bergerak kemana-mana.

Buat masa ini Intan hanya mengharapkan kenderaan kakaknya sahaja. Turut menambah rasa pilu melihat dua anak Intan dan Ude yang masih kecil dan tidak tahu apakah makna perpisahan ibu-bapa mereka.

Menerusi instagram rasmi mStar Online iaitu @mstaronlineofficial, kami menerima lebih 1,000 komen yang ditulis pada foto dan video berkaitan berita mengenai hasrat Ude melepaskan isterinya itu.

Tindakan itu disebabkan hasrat netizen untuk memberikan pandangan mereka terhadap Izreen gagal kerana wanita itu bertindak menutup ruangan komen pada laman sosialnya sejak dia mendedahkan mengenai perkahwinannya dengan Ude pada November lalu.

Ada segelintir peminat yang mengakui pernah meminati pelakon itu namun berubah hati selepas Izreen berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan bersifat kutukan, hinaan dengan kata-kata dan bahasa kesat ditujukan kepada Izreen termasuklah tuduhan merampas dan memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Ude turut menerima kecaman serupa apabila netizen menganggap dia bukan lelaki bertanggung jawab kerana mahu menceraikan Intan sedangkan isteri pertamanya itu sudah bersetuju dan merestui untuk hidup bermadu dan berkongsi kasih bersama Izreen.

Sumber: MStar Online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.