JAGA ADAB BILA MASUK KAMPUNG – SHAHRIR

 

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad menasihatkan Lim Kit Siang supaya menjaga adab apabila masuk bagi mengelak daripada sebarang insiden yang tidak diingin.

Beliau berkata demilkian sebagai respon terhadap tindakan orang kampung yang menghalau Penasihat DAP itu dalam satu program Kampung Bakar Batu di Johor Bahru malam Ahad.

Kit Siang menuduh UMNO Johor Bahru sebagai punca insiden kekecohan itu apabila kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar bertindak menghalang dan menghentikan program yang sepatutnya bermula jam 9 malam.

“Kalau masuk kampung, ada adabnya,” kata Shahrir yang dipetik sebuah portal berita, pada Ahad.

Dalam satu klip video berdurasi lebih tiga minit penduduk kampung meminta Kit Siang supaya tidak meneruskan program tersebut dan kedengaran beberapa individu menjerit tidak berpuas hati kepada kedua-dua mereka.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.