JANGAN CEMAS PESAWAT TUDM TERBANG RENDAH

 

Orang ramai di sekitar Sabah dinasihatkan tidak cemas atau risau melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka kerana ia cuma eksesais TUDM yang bermula Selasa hingga 26 November depan.

TUDM dalam kenyataan berkata, Eksesais Paradise Siri 4/2017 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuanitu melibatkan ruang udara Sabah dan perairan sekitarnya.

“Sepanjang eksesais ini dijalankan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sabah yang telah digazetkan sebagai lokasi eksesais,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Antara pesawat TUDM yang terlibat dalam penerbangan rendah itu ialah SU-30MKM, Hawk, F/A-18D, C130H,KC130,CN235,EC725 dan Nuri.

Latihan itu adalah bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.