JANGAN JADIKAN WANITA KAMBING HITAM – SHAHRIZAT

 

Wanita UMNO tidak gentar menerima cabaran walaupun bertanding di tempat Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

“Kita orang politik sedia terima cabaran, kalau tempat Kit Siang ke Izzah bertanding wanita sedia bertanding  kita tidak takut, orang politik nak menang mesti berani, kita sedikitpun tidak takut,” kata Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun Shahrizat berkata sayap itu akan menolak jika mereka hanya dicalon bertanding sekadar untuk menjadi ‘kambing hitam’.

“Saya tidak mahu bila kawasan dah tahu hitam (boleh kalah) nak hantar wanita jadi kambing hitam itu saya tidak mahu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sayap itu sedia berdepan Kit Siang atau Izzah pada pilihan raya akan datang ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Rabu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.