JANJI PEMBANGKANG HANYA MAINAN POLITIK

 

Kebanyakan janji ditaburkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 hanya permainan politik dalam usaha meraih simpati rakyat, kata Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Beliau berkata ianya terbukti apabila janji pakatan pembangkang yang ditabur pada pilihan raya umum lalu masih tidak ditunaikan sehingga hari ini walaupun memerintah beberapa negeri.

“Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memberi kestabilan ekonomi dan politik serta sudah terbukti mampu menjaga kebajikan rakyat serta kemakmuran negara sehingga ke hari ini,” katanya yang dipetikan sebuah portal berita.

Sementara itu, Kayveas yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan berkata sistem pengangkutan awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih kepada perdana menteri dan ICU yang prihatin terhadap rakyat kerana dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkenaan untuk melaksanakan program atau aktiviti masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu Kayveas mengingatkan rakyat agar jangan mudah terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang hanya pandai membuat janji-janji manis tetapi tidak mampu melaksanakannya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.