JEMAAH TERAWIH LONDON DIREMPUH VAN

 

Jemaah solat terawih yang sedang keluar dari sebuah masjid dirempuh oleh sebuah van di Finsbury Park, utara London, tengah malam Isnin waktu United Kingdom ( sekitar 7 pagi waktu Malaysia).

Menurut laporan media The Independent, orang ramai telah mengepung van itu dan seorang lelaki telah ditangkap dalam kejadian yang dipercayai ‘sengaja’ dilakukan.

Polis Britain bergegas ke tempat kejadian di Seven Sisters Road selepas menerima laporan sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan menurut beberapa lagi media Britain.

Terdahulu, masjid itu pernah menjadi sasaran tuduhan terbabit dalam keganasan oleh bekas pemimpin pergerakan berhaluan kanan, English Defence League (EDL), Tommy Robinson.

Bagaimanapun, polis masih belum mengklasifikasikan insiden terbaru ini sebagai keganasan.

Berikutan kejadian ini ia merupakan insiden berdarah ketiga berlaku di London dalam tempoh kurang sebulan selepas peristiwa serangan di pusat bandar raya dan kebakaran di Greenfall Tower di utara Kensington yang meragut puluhan nyawa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.