JENAZAH AHLI PARLIMEN JELEBU SELAMAT DISEMADIKAN

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Jenazah Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir Kuala Klawan, kira-kira jam 11 pagi Khamis.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara ibu dan ayahnya.

Jenazah tiba dari Kuala Lumpur jam 2.45 pagi dan solat jenazah kemudian diadakan di kediamannya di Taman Angsana.

Kira-kira 500 ahli keluarga, rakan dan penduduk hadir pada majlis pengebumian itu.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Zainudin, 58, meninggal dunia di kediaman anaknya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur, jam 7.30 malam tadi, akibat penyakit ketumbuhan otak yang dihidapinya lebih setahun lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Ruziah Yaacob, 55, dan tiga anak iaitu Liyana, 32, Muhammad Arif, 28, dan Lily, 24.

Allahyarham dikesan menghidap kanser otak peringkat empat selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu, kerana tidak sedarkan diri.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.