“JOM KACAU DODOL” DEKATKAN PUTERI DENGAN RAKYAT

 

Jom Kacau Dodol merupakan salah satu cara Pergerakan Puteri UMNO mendekati rakyat sempena bulan Ramadan terutama di kawasan Pandan.

Malam tadi program yang sama melibatkan gabungan kira-kira 300 orang belia bagi proses membuat dodol sebanyak 50 kawah.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, program anjuran pihaknya dan belia Pandan itu  merupakan acara tahunan dan ia sudah kali ketiga diadakan.

Menurutnya,  penganjuran acara yang sama disifatkannya sebagai acara penting bagi merapatkan hubungan penduduk bagi kawasan setempat.

“Acara ini sangat bagus kerana saya rasa acara tradisi ini perlu didedahkan kepada anak muda supaya mereka tahu cara menyediakan dodol,” jelas Zahida selepas merasmikan acara itu Jumaat malam.

Acara itu turut dimeriahkan dengan penyertaan peserta belia berketurunan Cina dan India.

“Penyertaan tahun ini mendapat sambutan luar biasa, tahun lepas cuma 30 kawah dan tahun ini meningkat menjadi 50 kawah. Tahun depan mungkin 100 kawah.,” ujar Zahida.

Menerusi acara itu juga kira-kira 150 batang lemang turut dibakar untuk diagih-agih kepada semua peserta.

 

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.