JUAL KERETA MEWAH KALAU PAS TIDAK BERDUIT

 

Seorang bekas ahli Parlimen PAS mendakwa pemimpin parti Islam itu bermewah-mewah dengan kereta mahal sedangkan akar umbi parti itu tidak mempunyai dana cukup bagi menguruskan cawangan di kawasan pedalaman.

“Tetapi keadaan orang atasan parti itu tidak seperti itu. Mereka ada wang. Bila PAS berhimpun, tengok sahaja barisan kereta mewah dipamerkan seolah pameran kereta.

“PAS hari ini bukan seperti PAS dulu,” kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin, lapor FMT, pada Rabu.

Raja Bahrin yang kini bersama PAN mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang menolak saranan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya pimpinan parti Islam itu menyiasat sama ada menerima dana 1MDB.

Pada 13 April lalu, Rafizi mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa yang pernah menerima sebahagian wang berkait 1MDB dan kemudiannya disalurkan kepada PAS.

Susulan itu, Idris dilaporkan berkata PAS tidak pernah menerima wang 1MDB, menyifatkan parti itu kesempitan wang sehinggakan bil eletrik hampir dipotong.

Raja Bahrin menegaskan sekiranya benar PAS sengkek, pemimpin parti itu boleh membuat pengorbanan dengan menjual salah sebuah kereta mewah.

Beliau juga menasihatkan pemimpin parti itu supaya kembali kepada semangat lama menyokong parti.

“Semasa saya berada dalam PAS, kami menyumbang 90 peratus pendapatan dari Parlimen kepada parti,” katanya lagi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.