JUMLAH MANGSA BANJIR DI KELANTAN KINI 547

 

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 547 orang pagi Isnin berikutan hujan lebat sejak semalam.

Mangsa banjir membabitkan 152 keluarga itu ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam jajahan iaitu Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Menurut portal eBanjir Kelantan yang dikemaskini pada pukul 9.32 pagi, seramai 216 orang dari 70 keluarga di Pasir Putih dipindahkan ke tiga PPS di jajahan itu diikuti Kota Bharu (186 orang), Tanah Merah (74 orang), Pasir Mas (50 orang), Kuala Krai (15 orang) dan Machang (6 orang).

Sebanyak 14 PPS dibuka setakat ini.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.