JUMLAH MANGSA BANJIR DI KELANTAN MENURUN

 

Jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat pukul enam petang pada Sabtu menurun kepada 11,841 orang dari 4,553 keluarga.

Kesemua mangsa ditempatkan di 53 buah PPS di enam jajahan negeri ini dengan Pasir Mas khususnya Rantau Panjang masih mencatat jumlah tertinggi iaitu 7,157 orang daripada 2,964 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang yang mula dinaiki air semalam pula menunjukkan penurunan ketara hari ini dengan hanya 77 mangsa dari 18 keluarga di dua PPS.

Selain itu, jumlah mangsa di Tumpat menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu 3,604 orang membabitkan 1,280 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.

Di jajahan lain jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan Kota Bharu mencatatkan 133 mangsa; Pasir Puteh (814 mangsa) dan hanya 56 mangsa berada di PPS Tanah Merah.

Dalam pada itu, paras air di beberapa lokasi di Sungai Kelantan khususnya Sungai Galas, Sungai Lebir dan Tangga Krai masih berada pada tahap berjaga-jaga.

Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang pula masih melebihi tahap bahaya iaitu 10.36 meter.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.