JURULATIH RENANG DIDAKWA ESOK

 

Seorang jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) akan didakwa atas kesalahan merogol seorang atlet acara terjun, pada Khamis.

Perkara ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek berusia 35 tahun yang berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR), akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pada 2 Oktober lalu, suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sekitar jam 12.30 tengah hari, 2 Oktober lalu.

Dia ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada 1 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tempoh reman jurulatih terbabit dilanjutkan lima hari lagi sehingga esok.

Siasatan kes itu dilakukan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.