KEDAI ROTI TUTUP PUN NAK SALAHKAN BN – NAJIB

 

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai berita buruk dan fitnah akan dilemparkan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) termasuklah kisah penutupan sebuah kedai roti.

Dengan nada menyindir tetapi tegas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang sengaja mencari kesalahan BN walaupun tuduhan itu tidak masuk akal seperti penutupan rangkaian kedai roti The Loaf baru-baru ini.

“Yang paling pelik baru-baru ini, kedai roti yang lingkup pun mereka (pembangkang) nak salahkan BN.

“Kedai roti yang lingkup terpaksa tutup pun salah perdana menteri? Tak masuk akal tuan-tuan, puan-puan. Tak masuk akal,” katanya di hadapan ribuan pelajar dan alumni Mara di program Himpunan Anak Mara di Subang, pada Ahad.

Meskipun tidak menyebut nama, Najib berkata demikian merujukĀ  syarikat The Loaf yang dikatakan salah seorang pemegang saham syarikat itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada masa sama Najib terus menyindir bekas Perdana Menteri 22 tahun yang disifatkan suka mencari kesalahan orang lain demi menutup kelemahan dirinya.

“Rugi RM31 bilion salah orang lain. Maminco salah orang lain. MAS (Malaysia Airlines) nak lingkup salah orang lain, Proton nak lingkup pun salah orang lain.

“Jadi cukuplah politik macam ini. Yakinlah pada Umno BN,” katanya.

Kerugian RM31 bilion merujuk kepada skandal forex melibatkan Bank Negara pada 1990an, sementara Maminco adalah syarikat yang ditubuhkan pada 1981 dan akhirnya dilaporkan mempunyai hutang RM1.5 bilion kepada bank tempatan.

 

Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR

Leave a Reply

Your email address will not be published.