KEKAYAAN : MAHATHIR TAK PERLU TAKUT

 

Penasihat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu berasa takut atas pendedahan berkaitan kekayaan miliknya terutama cucu-cucunya di media arus perdana.

Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sebagai figura awam, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Mahathir, lebih-lebih lagi beliau pernah menerajui negara selama 22 tahun dan tidak salah untuk pengamal media membuat laporan berkaitan itu.

“Kalau media alternatif dedahkan pasal (kemewahan) pegawai kerajaan boleh, kalau media arus perdana dedah kemewahan anak dia(Mahathitr), kenapa tak boleh?

“Jangan bersikap terpilih, anak-anak dia bukan pandai meniaga pun, kalau dah jadi public figure orang berhak tahu, jangan berpura-pura susah. Apa salahnya tunjukkan kemewahan kalau itu halal. Dalam agama juga tidak salahkan umatnya mencari kekayaan, cuma sumbernya saja, halal atau tidak,” katanya.

Terdahulu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kekayaan yang dimiliki oleh cucu-cucu Mahathir melalui beberapa gambar yang dimuat naik ke laman-laman sosial milik mereka termasuk berkenaan percutian mewah anak-anak Mukhriz Mahathir, iaitu Meera Alyana dan Melia Serena.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.