KEMELUT PPBM: TIGA JAM DISIASAT ROS

 

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memberi keterangan kira-kira tiga jam kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) di Putrajaya, berhubung kemelut yang dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Setiausaha Agung PPBM itu berkata, beliau memberi keterangan ekoran beberapa bahagian PPBM di Johor membuat aduan kepada ROS berhubung beberapa perkara.

“Segala soalan yang ditanyakan adalah berkaitan soal perlembagaan.

“Saya cuba jawab sejelas mungkin apa yang ditanya serta menjelaskan segala tindakan dan keputusan yang sudah kita ambil berdasarkan perlembagaan PPBM,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, Shahruddin memaklumkan menerima panggilan daripada ROS dan akan hadir bagi memberi kenyataan dan bekerjasama dengan jabatan berkenaan.

Ia susulan lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS berhubung dakwaan kegagalan kepemimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti.

Antaranya, kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.