KENAPA MAHATHIR TAK TANDING DI KUBANG PASU

 

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Langkawi dan bukan di Kubang Pasu menunjukkan bekas perdana menteri itu tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadapnya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata 22 tahun mewakili Kubang Pasu, sepatutnya Mahathir bertanding di situ.

Ahmad Bashah berkata, walaupun Mahathir memilih tempat selamat untuk bertanding namun ia belum memberi jaminan kemenangan kepadanya.

“Tak apa dia nak bertanding di Langkawi, kalau saya bertanding lah di Kubang Pasu buat apa di Langkawi… jadi perdana menteri 22 tahun, ketua bahagian, ahli Parlimen, tiba-tiba lari tinggal kawasan lari ke Langkawi.

“Saya tanya orang Langkawi mereka kena fikir, pasal apa dia datang bertanding di situ… ini tidak nak cari tempat selamat, belum tahu selamat.

“Tapi dia dah selamat di Kubang Pasu 22 tahun pasal apa nak tinggal,” kata beliau semasa majlis penyampaian bantuan banjir di Tajar, Alor Setar, pada Selasa.

Untuk rekod, Mahathir merupakan bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dari tahun 1974 hingga tahun 2004.

Bagaimanapun beliau membuat keputusan untuk bertanding Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.