KEPUTUSAN STAM 18 JANUARI

 

Lembaga Peperiksaan memaklumkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan diumumkan pada 18 Januari ini.

Lembaga itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, calon boleh mendapatkan keputusan STAM 2017 daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari tersebut.

Calon persendirian pula bakal dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi terus Jabatan Pendidikan Negeri di tempat peperiksaan didaftarkan.

“Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2017 melalui mySMS 15888.

“Perkhidmatan ini diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 18 Januari dan ditamatkan pada pukul 6 petang, 24 Januari,” kata kenyataan itu, pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak 9,534 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM 2017 di 240 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, 2,365 adalah calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala 4,951 merupakan calon sekolah menengah agama negeri.

“Selain itu, 704 adalah calon sekolah menengah agama rakyat, 1,370 calon persendirian, 52 calon sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan 92 calon luar negara dari Kemboja,” jelas kenyataan itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.