
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalinkan kerjasama dengan beberapa pengendali laman sosial di luar negara bagi menyekat laman sosial palsu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, antara pengendali tersebut iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.
“Rundingan mengenai perkara itu telah dilakukan sebelum ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak berkenaan.

“Masalahnya yang kita hadapi sekarang ini adalah untuk mendapatkan bahan-bahan bukti bagi tujuan forensik yang perlu diperoleh sebelum tindakan seterusnya diambil.
“Kalau kita padam ia (akaun palsu) akan wujud lagi. ini memerlukan proses yang berterusan dengan mempunyai matlamat tertentu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah terbuka Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kuala Lumpur, pada malam Isnin.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabfri Yaakob serta Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Mengulas lanjut Salleh berkata, pengendali laman sosial luar negara itu mempunyai peraturan dan langkah tersendiri untuk memadam akaun palsu yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Wartawan Watan-Online