KERAJAAN BANTU MASALAH PELAJAR KE MESIR

 

Pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Mesir perlu mengikuti kursus bahasa Arab sebelum visa dikeluarkan.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ini yang menjadi masalah apabila sesetengah pelajar terpaksa mengikuti kursus itu lebih lama.

“Kalau mereka mengambil kursus agama misalnya maka mereka perlu terlebih dahulu masuk ke pusat-pusat bahasa atau markas turath dan dalam markas ini akan ditentukan tahap penguasaan bahasa Arab mereka.

“Dan disinilah timbul masalah apabila mereka diberi 3 bulan sedangkan kadang-kadang mereka diberi kursus bahasa itu lebih tiga bulan.

“Saya dah pergi Kaherah berjumpa sendiri dengan Timbalan Menteri Luar sana dan Alhamdulillah telah berjumpa sendiri Sheikh Qud Azhar sendiri untuk mendapatkan kerjasama secara bersepadu disamping mendapat kerjasama dan persetujuan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetuai jawatankuasa bersama isu-isu yang telah dibangkitkan dapat diatasi dan tidak memberi masalah kepada pelajar-pelajar yang sekarang ini sedang belajar di Mesir,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ketika ini berdasarkan rekod Kementerian Luar jumlah pelajar-pelajar Malaysia yang hendak menyambung pelajaran ke Mesir sudah mencecah 11,200 pelajar.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.