KERAJAAN MELAKA BANTAH HIMPUNAN JERUSALEM

‘Himpunan Jerusalem Jubilee’ yang bakal berlangsung di Melaka pada pertengahan bulan ini dikecam dan dibantah oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Harun menegaskan terdapat unsur-unsur penyebaran agama lain pada himpunan tersebut dan tidak mahu ianya diadakan di negeri Melaka.

Beliau menggesa pihak polis bertindak segera membawa perkara tersebut ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diperhalusi.

Beberapa NGO telah membuat laporan polis, antaranya Belia 4B Malaysia yang diketuai Presidennya Mohd Nizam Omar.

Program ‘All Malaysian Golden Gate Revival Convocation’ (AMGGNRC) yang dijadual diadakan pada 15 hingga 18 Jun di sebuah gereja di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Himpunan itu mengundang keresahan terutama dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek turut membuat laporan sama di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Kaba.

Kamarudin meminta pihak polis menyiasat dalang di sebalik penganjuran itu.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.