KERAJAAN PANDANG SERIUS PUSAT TAHFIZ TIDAK SELAMAT

 

Kerajaan memandang serius dan akan membantu 50 peratus daripada 956 pusat tahfiz yang disenaraikan tidak selamat menerusi pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkat tersebut penting bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya,, laporan JBPM itu akan diberi perhatian khusus bagi membolehkan agensi yang terlibat mendekati semula pusat tahfiz yang disenaraikan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin.

“Semua pusat tahfiz perlu memberikan perhatian khusus terhadap aspek keselamatan selain daripada mengemaskini kurikulum dan penyediaan tenaga pengajar yang bertauliah bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

“Jangan salah tanggap dengan persepektif yang negatif terhadap usaha kerajaan yang mengambil berat terhadap pusat tahfiz dan pondok pengajian Islam,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Ba-habis kepada 34 Pusat Tahfiz Berdaftar Bagi Negeri Kelantan di Tok Aman Bali Beach Resort, pada Isnin.

Sebanyak RM1.76 juta disalurkan kepada 28 buah pusat tahfiz swasta dan enam pusat tahfiz di bawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi peruntukan Bajet 2017 yang diagihkan secara berperingkat-peringkat.

 

Wartawan Watan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.