KERAJAAN PERTIMBANG PENGAMBILAN PEKERJA ASING

 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan kerajaan sedia mempertimbangkan penggunaan 100 peratus pekerja asing untuk bahagian pengeluaran sesebuah kilang.

“Kerajaan baru-baru ini meluluskan untuk perkara tersebut dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke V.S Industry pada Selasa.

Bagaimanapun menurutnya, pertimbangan itu untuk syarikat yang terlibat dengan eksport sahaja.

V.S Industry merupakan salah sebuah syarikat yang memerlukan pertambahan pekerja asing bagi sektor pengeluarannya berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.