KES PERTAMA ANTIBERITA TIDAK BENAR

 

Polis Johor menggunakan Akta Antiberita Tidak Benar untuk menyiasat penyebaran berita palsu kononnya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya di negeri itu, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pada jam 10 pagi semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat kehadiran orang ramai di sebuah pasar raya selepas mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan kepada orang ramai menjadi tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati, mesej itu adalah palsu dan penyebaran mesej seumpamanya turut dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini.

“Berikutan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah Khalil, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.