KES RASUAH GUAN ENG DITANGGUH

 

Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon ditangguhkan sehingga Mei ini bagi memberi laluan kepada perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown, Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini membenarkan penangguhan itu selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai tugas rasmi.

Perbicaraan akan bersambung pada 21 hingga 25 Mei ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud membantah permohonan terbabit kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh penamaan calon.

Hakim turut menetapkan 10 Mei depan bagi pengurusan kes terbabit untuk memastikan isu-isu berkaitan pilihan raya selesai.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan berkaitan penukaran status tanah pertanian kepada kediaman dan pembelian satu lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.