KETUA AMK AMPANG DIREMAN 5 HARI

 

Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas membenarkan permohonan daripada pihak SPRM.

Ini juga bagi membolehkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Adam, 28, yang tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke mahkamah tersebut.

Beliau yang tiba dengan diiringi dua pegawai SPRM disambut lesu oleh sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul di perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi.

Semalam Adam hadir ke pejabat SPRM PUTRAJAYA sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.