KETUA BAHAGIAN PPBM INDERA MAHKOTA SAH LAWAN NAJIB DI PEKAN

 

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Ketua Bahagian PPBM Indera Mahkota Kamarul Arifin Mohd Shahar untuk berentap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Dipetik daripada laporan sebuah portal, perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PPBM Pahang Wan Mohd Shahrir Abdul Jalil yang turut mengesahkan PPBM akan bertanding di enam Parlimen dan sembilan DUN di negeri itu.

Kerusi Parlimen itu ialah Kuala Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran dan Kuala Krau, sementara kerusi DUN pula ialah Kemayan, Padang Tengku, Tahan, Bebar, Chenor, Jenderak, Peramu Jaya, Bukit Ibam dan Muadzam Shah.

Wan Mohd Shahrir akan bertanding di Parlimen Jerantut, Exco Pemuda Pusat Ashraf Mustaqim Badrul Munir bertanding Paya Besar; Timbalan Ketua Bahagian Lipis Ahmad Pozi Yahya di Lipis; Mohamad Rafidee Hassim bakal bertanding di Kuala Krau dan Ahmad Farid Nordin di Maran.

Untuk DUN pula, bekas pengetua sekolah dan Ketua Penerangan Negeri Osman Abu Bakar akan bertanding di Muadzam Shah; Ketua Wanita Negeri Zuliana Mohamed di Chenor; Timbalan Pengerusi Negeri Salim Abdul Majid di Peramu Jaya; Naib Pengerusi Bahagian Kuantan Afif Syirol Abdul Rahman di Bebar; Nordin Samat di Tahan; Mohamed Jidi Yaakob di Kemayan; Alias Abdul Rahman di Padang Tengku; Zulkarnain Mohamad Ridzuan di Bukit Ibam dan Faziah Baharom di Jenderak.

Seperti dipersetujui awal bulan ini, semua calon Pakatan Harapan (PH) akan bertanding menggunakan lambang PKR.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.