KETUK PINTU RUMAH RAKYAT- NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak mahu jentera UMNO bergerak ke seluruh pelusuk negara bagi mendegar rintihan rakyat seterusnya menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Perdana Menteri berkata, mereka perlu masuk ke seluruh pelusuk desa mahupun kota dan ketuk pintu rumah rakyat bagi membantu mereka.

“Pergi ke setiap pelusuk, ketuk pintu rumah orang, jangan ketuk kepala orang bantu mereka yang memerlukan.

“Kita bukan seperti pembangkang yang tahu cakap saja, tabur fitnah tapi tidak buat apa, tiada budi untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada Pelancaran konvoi Bantu Rakyat Biro Kebajikan UMNO (BIKUM) dengan tema ‘UMNO Bantu Rakyat’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kosas, Ampang, Jumaat malam.

Hadir sama Pengerusi BIKUM, Datuk Dr Samsul Anuar Nasarah; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu, Perdana Menteri merakamkan pengharagaan kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud kerana menambah kuota khas kepada Tabung Haji sempena musim haji nanti.

Katanya, tindakan pertama yang akan dibuat beliau sebaik tiba di Riyadh, Arab Saudi esok adalah untuk memeluk dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Raja Salman atas perkenan itu.

“Esok saya pergi ke Riyadh, Arab Saudi, saya akan jumpa Raja Salman sekali lagi.

“Saya nak peluk Raja Salman sebab Baginda bagi kuota khas untuk haji kerana perjuangan siapa? Perjuangan UMNO,” katanya di hadapan lebih 5,000 penyokong UMNO.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.