KFA RAYU BASHAH KEKAL

 

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini sebulat suara mahu Menteri Besar Kedah Datuk , Ahmad Bashah Md Hanipah dikekalkan sebagai presidennya.

Timbalan Presiden KFA Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan isu berkaitan desakan Pemuda Umno negeri baru-baru ini yang mahukan Ahmad Bashah meletak jawatan.

“Barisan kepimpinan KFA melalui Anggota Majlis Eksekutif memohon supaya jawatan Presiden KFA yang disandang Ahmad Bashah wajib dikekalkan,” katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di Alor Setar, pada Ahad.

Beliau berkata keputusan itu diambil berikutan KFA sedang melakukan proses persediaan bagi mengharungi musim 2018 dan oleh kerana itu, peralihan kuasa pada ketika ini adalah tidak sesuai dilakukan.

“Sumbangan dan komitmen beliau sebagai Presiden KFA menerusi pelbagai bentuk sokongan termasuk kewangan, tajaan pihak swasta dan penyediaan kemudahan infrastruktur latihan pasukan antara sebab lain kenapa beliau perlu dikekalkan,” katanya.

 

Sumber Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.