KHAIRUDDIN, MATTHIAS BEBAS TUDUHAN SABOTAJ

 

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat melepas serta membebaskan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang Wen Chieh daripada pertuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan selepas mendengar dan meneliti hujahan kedua belah pihak.

Dalam penghakiman ringkasnya Norisham berkata, mahkamah bersetuju dengan hujah oleh pihak pembelaan bahawa tertuduh perlu diberikan kebebasan mutlak demi kepentingan awam dan keadilan saksama.

Khairuddin dan Matthias dituduh cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015 mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Lokasi berkenaan ialah di pejabat ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris,  balai polis Charing Cross, London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, balai polis Wai Chan, Hongkong dan ibu pejabat polis Cantonment, Singapura.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.