KHALID IBRAHIM MOHON BATAL SAMAN PUNCAK NIAGA

 

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan saman gantirugi yang difailkan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) terhadap beliau serta dua defendan lain berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Peguam New Sin Yew yang mewakili Khalid berkata notis permohonan itu difailkan oleh pihaknya semalam di Mahkamah Shah Alam.

Beliau ditemui selepas menghadiri pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir pada Selasa.

Puncak Niaga diwakili peguam Lau Mark Chi-Ming sementara Latheefa Koya hadir bagi pihak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut dinamakan sebagai defendan.

Sin Yew berkata hakim menetapkan 12 Disember depan untuk Puncak Niaga memfailkan afidavit balasan dan 23 Januari depan ditetapkan untuk keputusan berhubung permohonan berkenaan.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 21 November lepas, Puncak Niaga mendedahkan sudah menyerahkan saman berserta kenyataan tuntutan bertarikh 27 Oktober lalu kepada Khalid, Azmin dan Kerajaan Selangor yang turut dinamakan sebagai defendan.

Puncak Niaga turut menuntut gantirugi, faedah ke atas gantirugi berjumlah RM13.5 bilion.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.