KL2017 : PENGANGKUTAN MENCUKUPI

 

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah memberi jaminan kemudahan awam yang mencukupi pada majlis pembukaan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan diilanjutkan sampai pukul 2 pagi.

“Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam kerana dijangka 87,000 pengunjung bakal bersama-sama menyertai majlis pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya semasa menghadiri program FitMalaysia Kuala Lumpur dan Larian Obor KL2017 di Bandar Sukan Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Tambahnya, polis trafik pula akan menutup jalan ke Bukit Jalil dan kenderaan tanpa pelekat tidak boleh masuk ke kawasan itu.

Orang ramai boleh meletakkan kenderaan di Selangor Turf Club yang menyediakan 3,000 parkir dan bas pengantara ke Bukit Jalil atau meletakkan kereta di stesen LRT.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.