KOMITED BANTERAS PERJUDIAN HARAM – ZAHID

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata  pihaknya sedang berusaha menyediakan draf bagi meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang bakal dibentang di Parlimen pada Mac depan.

Ia berikutan permasalahan yang berat terhadap usaha membanteras aktiviti perjudian haram kerana dibuat menggunakan  peralatan atas talian (online gambling).

“Kita hadapi beberapa kekangan juga kerana jika kejadian perjuadian itu berlaku di premis perniagaan, maka  antara pihak yang bertanggungjawab ialah pihak berkuasa tempatan (PBT).

“TNB  yang menjadi pembekal kepada tenaga elektrik di kawasan premis itu bekerjasama tetapi pihak telekom yang bekalkan talian tetap  menghadapi masalah kerana mereka tak lagi gunakan sebaliknya mereka guna telefon pintar untuk mereka jalankan perjudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Minum Petang Amal Kelab Veteran UTusan Melayu (KVUM) dan Tribute Untuk Allahyarham Ahmad Idris di ibu pejabat Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada Selasa.

 

Wartawan Watan-Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.