KRISIS AIR : TIGA KAWASAN BELUM PULIH

 

Bekalan air di keseluruhan kawasan yang terjejas di Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat telah 100 peratus pulih.

Bagaimana terdapat di tiga kawasan di Petaling yang masih lagi dalam proses pemulihan.

Kawasan tersebut Taman Bukit Kuchai, Bandar Puchong Jaya dan Subang Jaya, SS12 hingga SS19.

Syarikat Bekalan Air Selangor berkata, pihaknya mengambil segala usaha dan tindakan untuk meningkatkan tekanan dan aliran di kolam perkhidmatan serta sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan sepenuhnya di kawasan-kawasan yang berada di lokasi tinggi.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.