KRISTIANISASI : PEMBANGKANG BODOH – KAMARUL

 

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff sedia berdepan asakan pemimpin pembangkang berhubung buku kristianisasi Hannah Yeoh.

Beliau berkata, sejak membuat laporan polis berhubung buku berkenaan pelbagai serangan termasuk serangan dan dilemparkan pemimpin pembangkang terhadapnya.

“Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam yang agak terkenal, antaranya daripada Parti Amanah Negara (PAN), berkisar di sebalik dakwaan bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

“Hujah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti ahli akademik di negara ini.

“Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, “Sejak bila bukan Islam tidak dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?” Begitu juga Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

“Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya, baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan sama,” kata Kamarul di Facebooknya.

Kamarul menyatakan kesediaannya untuk membuktikan agenda kristianisasi Hannah termasuk memberikan penjelasan kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah.

Sebelun alam tulisannya yang tular, Kamarul memetik buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang menjadi bukti nyata pengakuan Hannah terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian.

Sementara itu Kamarul berkata, selaku ahli politik atau selaku peguam, pembangkang sepatutnya tahu bahawa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Yang memperuntukkan bahawa ‘Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam’?

“Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam diwujudkan di peringkat negeri.

“Di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.