BANGUNAN TERBAKAR, KWSP JAMIN KESELAMATAN DATA

 

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa.

Asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Sehingga kini belum ada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran, mahupun laporan jika terdapat mangsa yang mengalami kecederaan ataupun terperangkap dalam kejadian itu.

Sementara itu KWSP memberi jaminan semua maklumat dan data penyimpan tidak terjejas, berikutan kebakaran di bangunannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari pada Selasa.

Bagaimanapun, KWSP dalam satu kenyataan berkata bangunan itu kini ditutup, dan semua kegiatan dan transaksi dihentikan sementara.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” katanya.

Bangunan yang dibuka pada 1960 itu boleh dilihat dari Lebuhraya Persekutuan, dan menerima suntikan reka bentuk baru beberapa tahun lalu.

KWSP berkata Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain.

Ia juga menasihati mereka yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP untuk mengunjungi cawangan KWSP terdekat.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.