LARANGAN BERTUDUNG BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN

 

Larangan pemakaian tudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan seperti dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan sekatan dibuat disesetengah hotel di negara ini sebagai tidak wajar.

Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berdasarkan status Islam sebagai agama rasmi di negara ini serta prinsip kebebasan dalam beragama.

“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya pada Selasa.

Asyraf  berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairudin Aman Razali mengemukakan persoalan berkenaan pendirian JAKIM mengenai isu sekatan pemakaian tudung dalam sektor perhotelan.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.