LIMA KAWASAN DI MELAKA BANJIR

 

Lima kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air mencecah kira-kira satu meter susulan hujan lebat berterusan dari jam 2 pagi hingga 6 pagi Jumaat.

Setakat ini, kawasan dilapor terjejas ialah Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari dan Taman Merawi Bukit Beruang.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Peringgit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munsyi Abdullah.

“Kita masih mengemas kini bilangan mangsa banjir,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.