LIMA UNIVERSITI AWAM ANTARA TERBAIK DUNIA

Lima universiti penyelidikan negara tersenarai antara 50 universiti terbaik Asia dalam QS University Rankings: Asia 2018.

Penilaian itu membabitkan 425 universiti utama di 17 negara Asia berdasarkan 10 indikator.

Universiti Malaya (UM) mencatat pencapaian terbaik dengan menduduki ranking ke-24 tahun ini berbanding tempat ke-27 pada tahun lalu.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula melonjak 13 tangga daripada kedudukan ke-49 tahun lalu dengan berada pada kedudukan ke-36 tahun ini.

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada tempat ke-43, melonjak 12 tangga berbanding tempat ke-55 pada 2017.

Manakala Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia kembali berada dalam radar 50 universiti terbaik Asia apabila membaiki kedudukan pada tahun ini.

USM meningkat lima anak tangga berbanding kedudukan ke-51 pada tahun lalu kepada 46 tahun ini dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melompat 14 tangga kepada kedudukan 49 tahun ini.

Senarai itu dikeluarkan melalui laman sesawang rasmi www.topuniversities.com.

Universiti terbaik Asia ialah Nanyang Technological University (NTU) di Singapura yang memperbaiki kedudukan pada tahun ini selepas berada tempat ketiga tahun lalu.

National University Singapura (NUS) dan Hong Kong University of Science and Technology (HKUST), masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

 

Sumber MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published.