LIWAT : MAHATHIR ‘SEGAN’ UNTUK BAGI JAWAPAN

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masih ‘segan’ untuk memperkatakan tentang kebenaran apabila terus berdolak-dalik mengenai isu liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan itu ketika diajukan peserta pada program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, petang Ahad.

Mereka yang hadir pada program itu ingin mendapatkan penjelasan beliau sama ada Anwar menjadi mangsa politik bekas Perdana Menteri itu atau benar-benar pesalah liwat.

Ketika ditanya berkenaan perkara tersebut Mahathir hanya menjawab ia hanya satu kisah lama antara beliau dan Anwar.

“Itu perkara lama. Ketika saya jumpa dia (Anwar), dia tak tanya pun soalan macam tu,” jawab beliau ketika diajukan soalan berkenaan.

Sebelum itu, seorang peserta program mahu kepastian daripada Mahathir mengenai kes Anwar.

“Assalamualaikum Tun, saya bergaduh adik-beradik kerana Tun dan Anwar. Adakah Anwar Ibrahim benar-benar pesalah liwat negara atau mangsa kerakusan politik Tun?

“Kalau Anwar benar-benar pesalah, Tun baru saja mengangkat banduan sebagai bakal perdana menteri, sedangkan banduan awam susah untuk mendapatkan pekerjaan,” soalnya.

Bagaimanapun, Mahathir tetap enggan menjawab secara khusus berkenaan soalan tersebut.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.