LUCU…TIBA-TIBA MUHYIDDIN TAK IKTIRAF NAJIB PM

 

Agak melucukan apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Amat dangkal kenyataan sedemikian keluar daripada mulut bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga pembantu Najib untuk beberapa tahun sebelum dipecat daripada UMNO.

Sedangkan sebelum krisis dalaman UMNO yang dicipta Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau adalah seorang pembantu kepada Perdana Menteri.

Oleh itu kata Muhyiddin beliau peduli pada kritikan Najib terhadap manifesto pembangkang.

“Saya tak iktiraf dia sebagai perdana menteri pun. Dia boleh komen apa-apa, madu beracun ke, kitar semula ke, tak logik ke.

“Tapi dia tak boleh pandang rendah pada kami pembangkang, nak kata kami tak cukup akal, bodoh, tak ada cendekiawan, pakar yang boleh analisis ekonomi.

“Jangan perkecilkan. Yang penting bagi saya, rakyat umum semua peringkat bangsa, agama lihat ia sebagai satu tawaran yang tak boleh ditolak.

“Yang penting penerimaan rakyat. Kalau belah sana nak kata macam-macam, ia lumrah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, pada Isnin.

Sabtu lalu, dalam satu program di Pagoh, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang sekadar ‘madu beracun’.

Najib mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji kepada rakyat termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.