MAHATHIR ARAH HENTI KUTIP GST

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kerajaan supaya menghentikan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menetapkan harga petrol.

“Arahan telah diberi supaya kita tidak kutip GST lagi, dan kita akan cuba bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada Rabu.

Kerajaan baharu Malaysia pimpinan Dr Mahathir dilihat sedang berusaha menunaikan janji-janji yang ditabur pada pilihan raya umum lalu termasuklah menghapuskan GST.

Sementara itu, Mahathir juga berkata kerajaan tidak lagi mengamalkan pelarasan harga mingguan minyak seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.

“Tak ada naik turun (lagi), present state will stay (harga sekarang kekal), kalau ada tak cukup, kerajaan akan subsidi,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.