MAHATHIR SEDANG LALUI ‘PEMBALASAN’ KERANA PERBUATANNYA

DEXATI20160718002221

 

Respon terbuka kepada yang disanjungi  bonda Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, apa yang rerlaku kepada ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad adalah  disebabkan perbuatan dirinya Sendiri.

“Katakanlah wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki…”(Al-Imran, 26)(1).

Dalil ini sudah cukup jelas menerangkan kepada kita bahawa hanya Allah yang berkuasa meninggikan martabat hambaNya dengan pemberian kekuasaan dan begitulah sebaliknya.

Kemuliaan Pemimpin Berdasarkan Dalil Dan Pandangan Ulama

Menurut Syeikh Khalid Bin ‘Ali al-Anbari dalam kitab beliau Fiqh as-Siyasah as-Syar’ieyyah telah menjelaskankan berkenaan kedudukan dan kemuliaan pemimpin.

“Antara dalil yang menunjukkan ketinggian martabat golongan pemerintah di sisi hukum syarak yang maha suci, bahawa perintah taat kepada mereka (pemimpin) seiring dengan perintah taat kepada Allah Taala dan Rasul-Nya seperti terdapat dalam ayat berkenaan golongan pemerintah (“Wahai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan golongan pemimpin di kalangan kamu“)(al-Nisa, 59)(2)”.

Penafsiran dari ulama terkemuka ini memudahkan kita faham bagaimana keperluan mentaati pemimpin serta ketinggian martabat pemimpin.

Layanan kepada pemimpin yang berlaku dalam negara kita.

Malangnya kebelakangan ini, wujud begitu ramai individu dalam negara kita yang telah sengaja melanggar arahan Allah dalam mentaati pemimpin pada dalil nombor dua  tadi, kita lihat mereka bertindak dengan begitu ghairah dengan berusaha mempengaruhi orang lain agar turut sama terbabit menjatuhkan pemimpin negara agar akhirnya pemimpin boneka dapat dilantik untuk memenuhi permintaan mereka.

Bukan setakat itu sahaja mereka melanggar perintah Allah, apa yang lebih menyedihkan mereka begitu gembira dapat menghina pemimpin kita seolah olah jika satu hari mereka tidak menghina, mereka akan merasa ada sesuatu yang tidak kena dan begitu kosong dalam hidup mereka.

Ada sesetengah daripada mereka dalam usaha meraih sokongan orang ramai agar turut sama dengan mereka dalam menghina pemimpin kita, mereka telah bertindak menyalah gunakan dalil agama lalu membuat penafsiran sendiri bahawa “Allah juga samseng”, agar melalui dalil ini, ia menjadi satu tiket untuk membenarkan perbuatan mereka menghina pemimpin negara kita.

Sesungguhnya sangkaan mereka bahawa menghina pemimpin ddalah dibolehkan rupanya palsu.

Melalui dalil nombor satu dan nombor dua, kita semua takkan mampu menolak kebenaran tentang kemuliaan individu di kalangan kita yang diangkat oleh Allah menjadi pemimpin negara kita.

Bukan setakat itu sahaja perintah dan keterangan yang ada. Allah juga melarang kita menghina dan Allah perintahkan kita memuliakan pemimpin melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Tarmizi, Abu Bakar r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Pemimpin adalah di bawah perlindungan Allah di bumi maka sesiapa yang memuliakannya, Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinakannya, Allah akan menghinanya”(3).

Ini merupakan dalil yang cukup jelas larangan menghina pemimpin. Malah Allah telah memberi janji bahawa siapa memuliakan pemimpin seperti Perdana Menteri kita, maka Allah akan memuliakannya dan siapa yang menghina Perdana Menteri kita. Maka ketahuilah Allah akan menunaikkan janjiNya untuk “Menghinanya”.

Maksud janji Allah menghukum pelaku yang menghina pemimpin dengan menghinanya kembali.

Bukanlah bermaksud Allah mengeluarkan kata kata menghina yang kita boleh dengar. Kerana sifat Allah bersalahan dan amat berbeza dengan sifat kita.

Maksud “Menghina” disini antaranya Allah cabut sifat hormat dari kalangan hambaNYA walaupun si pelaku itu mempunyai banyak jasa yang dibuat.

Situasi ini berlaku setelah Allah berikan kesedaran kepada hambaNYA yang lain bahawa perbuatan pelaku tersebut adalah suatu yang Allah benci.

Luahan dan pandangan bonda adalah amat tidak tepat.

Semasa melancarkan buku “My Name is Hasmah” di Yayasan Kepimpinan Perdana. bonda (Tun Dr) Siti Hasmah  telah mengeluarkan kenyataan yang direkod oleh wartawan Sinar Harian yang mempunyai niat mempengaruhi orang ramai agar simpati kepada suami beliau dan membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meletakkan kesalahan keatas Najib di atas apa yang berlaku kepada suami beliau iaitu Dr Mahathir.

Kenyataan beliau ini telah membuatkan banyak pihak terutama dari kalangan rakyat berasa simpati terhadap Dr Mahathir. Mereka bersangka bahawa Dr Mahathir telah dizalimi oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Walaubagaimana pun apa yang bonda perlu tahu bahawa agak banyak kali suami bonda itu telah menghina Perdana Menteri dengan panggilan yang tidak sepatutnya seperti “Bangsat” ketika dalam satu majlis bertajuk “Malaysia Hari Ini: Kemana Kita Menuju?”. Panggilan “Bangsat” yang di laporkan oleh wartawan Agust Supriadi yang disiarkan di CNN Indonesia merupakan satu panggilan yang tidak sepatutnya diluahkan oleh Dr Mahathir disebalik usia beliau yang lanjut dan kematangan beliau dalam hidup.

Bahkan Dr Mahathir telah bertindak lebih jauh dari itu, pada 29 April 2015. Berita kehadiran beliau dalam perhimpunan Bersih 4 (dibuat bertujuan untuk menghina PM Malaysia dengan pelbagai tuduhan palsu) seperti telah dilaporkan di Berita Harian dan Astro Awani. Semasa disana Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa tujuannya berada dalam perhimpunan tersebut untuk mendesak Najib meletak jawatan.

Sesungguhnya perbuatan beliau ini telah di beri amaran oleh Allah melalui riwayat oleh Huzaifah r.a dan daripada Nabi saw bersabda:

Mana mana kumpulan manusia berarak dengan tujuan menghinanya (pemimpin negara) pasti Allah hinakan mereka sebelum hari kiamat” (4)

Balasan dan hukuman Allah Segerakan di dunia

Kita semua termasuk Najib akui bahawa Dr Mahathir banyak berjasa kepada negara kita. Akan tetapi walaupun beliau banyak berjasa, ia bukannya satu tiket untuk membenarkan beliau melakukan kemungkaran seperti menghina pemimpin kita dengan pelbagai gelaran termasuk gelaran “Bangsat”.

Malah usaha beliau untuk menjatuhkan Najib dari jawatan pemimpin negara juga adalah amat bertentangan dengan perintah Tuhan kita semua.

Jika kita perhatikan apa yang berlaku terhadap Dr Mahathir kebelakangan ini telah menguatkan iman kita bahawa “Benar Lah Janji Allah pada dalil tiga dan empat”.

Kepada sahabat, ambillah iktibar apa yang berlaku kepada Dr Mahathir agar kita tidak termasuk dalam golongan “Pihak Yang Dihina Allah Di Dunia ini”.

Tiada apa yang hendak dibanggakan apabila sangkaan kita bahawa kita berada di pihak yang betul kerana perbuatan kita yang mendapat sokongan banyak pihak.

Sedangkan di sisi Tuhan, ia merupakan perbuatan terlarang dan mendapat kehinaan dunia, entah bagaimana pula azab di akhirat.

Wallahualam

Penulis ialah Ketua Penerangan UMNO Selangor,
Datuk Zein Isma.

Leave a Reply

Your email address will not be published.