MAHKAMAH BATAL SAMAN JAMAL

 

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, pada Khamis membatalkan saman yang dikemukakan pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap Kerajaan Selangor dan dua lagi defendan susulan menyita dan merobohkan sebahagian premis berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memfailkan saman tersebut pada 28 Disember tahun lalu melalui syarikat Linear Active Sdn Bhd. yang menjalankan perniagaan resort itu di Sekinchan.

Plaintif menamakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta kerajaan Selangor sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Hakim Syed Faisal Syed Amir memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman yang dikemukakan plaintif.

Jamal juga diperintahkan selaku plaintif diperintah membayar kos RM6,000 kepada kesemua defendan.

Sebelum itu, dalam tuntutan dibuat, Jamal mendakwa tindakan menyita dan meroboh sebahagian resort terbabit adalah bersifat politik.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM140,000 dan perintah menghalang defendan menutup operasi resort terbabit.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.