MALAYSIA TOLAK BAITUL MAQDIS IBU NEGARA ISRAEL

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Kerajaan tidak akan sama sekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan kedudukan agama Islam termasuk tindakan Amerika Syarikat (AS) ingin mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata parti itu bukan saja mempertahan keseucian Islam di negara ini saja, termasuk seluruh dunia.

“Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam, yakni Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Israel.

“saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bila- bila.

“Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya, agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ketika berucap Najib turut mendoakan kesejahteraan dan perlindungan daripada kejahatan musuh Islam.

Ya Allah Ya Tuhan,…
Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,…
DiKau satukanlah hati-hati kami,…
DiKau cerai-beraikan himpunan mereka,…
DiKau pisahkanlah kesatuan mereka,…
dan,…
Ya Allah….
DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka.
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.