MANGSA BANJIR DI PAHANG MENINGKAT

 

Jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah kepada 1,452 orang pada pagi tadi membabitkan tiga daerah apabila Raub dilanda banjir sekali lagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata semua mangsa banjir di Pekan, Rompin dan Raub ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Pekan terus merekodkan pertambahan mangsa dengan 1,210 orang berbanding 1,165 orang malam tadi dan ditempatkan di 10 buah PPS.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang kini menempatkan 322 mangsa, SK Sri Biram (67), SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (39), SK Temai (93), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (136), Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55) dan SK Acheh (sembilan),” lapor Bernama.

Di Rompin, jumlah mangsa turut meningkat kepada 239 orang berbanding 125 orang malam tadi dan ditempatkan tiga buah pusat pemindahan SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (72) dan Balai Raya Setajam (104).

Di Raub, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Masjid Jamek Kuala Semantan yang menempatkan tiga mangsa.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.