MANGSA LANGGAR LARI MENINGGAL DUNIA

 

Mangsa kejadian langgar lari di Jalan Burmah di GEORGETOWN tengah hari semalam, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah.

Mangsa, Foo Swee Wah, 58, yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata pihaknya memberi amaran kepada suspek kes itu agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.

“Kita sudah mengenal pasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek.

“Sehingga kini, suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari tadi itu, seorang wanita yang sedang melintas di laluan pejalan kaki dirempuh penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah.

Mangsa terpelanting kira-kira lapan meter menyebabkan dia pengsan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.