MANIFESTO PH TAMBAH HUTANG NEGARA – NAJIB

 

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP akan menambahkan lagi hutang negara khususnya melalui cadangan penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol.

Perdana Menteri berkata, hakikat tersebut perlu diterima oleh rakyat jika mereka percaya kepada janji PH dalam manifesto berkenaan dan generasi akan datang bakal menanggung akibatnya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tambahan hutang negara dijangka bertambah kepada RM416 billion jika pembangkang hendak menghapuskan tol dan GST itu.

“Pembangkang kata kita tambah hutang negara tetapi manisfesto mereka lagi dasyat akan menyebabkan negara berhutang lebih tinggi.

“Sebab itu kita tidak boleh tipu rakyat, jangan tipu rakyat. Kita tidak tipu, kita beritahu atau laksana perkara yang kita mampu bukan sekadar berjanji sahaja. Apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pelajar dari seluruh negeri Perlis dalam majlis Sembang Bajet 2018 di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) kampus tetapnya di Ulu Pauh pada Selasa.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.