MASZLEE MALIK SAH SERTAI PPBM

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menerima penyertaan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik sebagai ahli seumur hidup parti Bunga Raya itu.

Penyertaan Maszlee diumumkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pada Isnin.

Maszlee berkata, beliau bagaimanapun tidak mengharapkan apa-apa jawatan dan pencalonan pada Pilihan Raya Umm Ke-14 (PRU14).

“Setakat ini saya ingin membantu untuk mengukuhkan parti segalanya saya putuskan kepada parti jikalau itu yang diminta oleh parti saya menurut perintah,” katanya.

Muhyiddin dalam pada itu memberi gambaran bahawa Maszlee bakal dilantik mengganggotai biro dalam parti itu namun berkata, keputusan belum dimuktamadkan.

Sementara itu Muhyiddin berkata, PPBM berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memanjangkan tempoh untuk parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki.

Beliau berkata, tempoh 30 hari yang ditentukan tidak cukup berikutan parti itu menerima notis pada 7 Mac yang lalu.

“Kita masih dalam peringkat menyiapkan maklumat yang diperlukan RoS bila kita menerima notis cuma notis yang dihantar sampai kepada kita pada 7 Mac ditandatangani pada 28 Febuari.

“Jadi tidak cukup 30 hari, jadi itu satu perkara yang mungkin beliau boleh pertimbangkan,” katanya.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.