MELAYU SEMAKIN DIHIMPIT – PERKASA

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

 

Orang Melayu, Bumiputera sebagai tuan di bumi Malaysia dilihat semakin terhimpit dan tersepit dewasa ini dan memerlukan kepada pembelaan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Sirajuddin Salleh, berkata paling ketara pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang meletakkan penguasaan kerusi Parlimen bagi kerajaan memerintah kurang dua per tiga.

Bukan itu saja, PERKASA melihat kekayaan dan harta negara ketika ini juga hanya tinggal kira-kira 20 peratus saja dimiliki Bumiputera.

“Gedung perniagaan dan bangunan pencakar langit yang ada bukan milik Bumiputera, manakala tanah rizab Melayu yang sebelum ini 50 peratus dari bumi Tanah Melayu yang diwasiatkan Raja-Raja Melayu kini tinggal 12 peratus sahaja.

“Begitu juga biasiswa yang sepatutnya milik Bumiputera mengikut Perkasa 153 Perlembagaan, kini tinggal hampir separuh saja dan penggunaan Bahasa Melayu kian dianaktirikan,” katanya.

Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Khas Tahhunan Sayap-Sayap Wira, Wiranita dan Wirawati Perkasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Seramai 1,100 perwakilan dari tiga sayap hadir iaitu masing-masing 400 Wiranita dan Wira serta masing-masing 300 wirawati dan tetamu jemputan.

Hadir sama, Ketua Wira, Burhanuddin Ruslan, Ketua Wiranita, Fauziah Nawawi dan Ketua Wirawati, Marini Nasution.

Dalam ucapan itu, Sirajuddin turut mengingatkan ahli Perkasa dan orang Melayu mengenai kedudukan Islam yang diserang dari pelbagai sudut oleh musuhnya seperti kalimah Allah, kepala babi dibuang ke surau dan masjid, bantahan azan melalui pembesar suara dan bantahan korban Hari Raya Aidiladha.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, musuh Islam membantah pendakwa bebas antarabangsa, Dr Zakir Naik, bermain gendang di hadapan masjid ketika jemaah sedang bersolat dan terbaharu, mereka membantah Akta 355 mengenai Mahkamah Syariah.

 

Wartawan Watan-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.